Kaedah ‘Walk In’ Di PPV Dewan SJK (C) Kee Tee, Long Lama Berjaya

RABU, 23 JUN 2021

TELANG USAN: Selain menggunakan aplikasi MySejahtera, kaedah ‘walk in’ yang turut digunakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Kee Tee, Long Lama telah berjaya meningkatkan jumlah penerima vaksin di Daerah Telang Usan. 

Kaedah ‘Walk In’ yang diperkenalkan Ketua Menteri adalah untuk masyarakat yang berada di luar bandar dan pedalaman dan tidak mempunyai akses kepada internet serta aplikasi MySejahtera. 

Sejak pengenalan kaedah ini telah membolehkan lebih ramai masyarakat datang mendapatkan suntikan vaksin dan daftar kemudian. 

Pada Selasa, seramai 514 penerima mendapatkan vaksin COVID-19 dos pertama jenis Sinovac melalui temu janji dan ‘walk in’ di PPV Dewan SJK (C) Kee Tee. -EDISI UKAS

Share
0