NSJA Dianugerahkan Penganjur Kempen Derma Darah Responsif

RABU, 23 JUN 2021

MIRI: Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) telah ianugerahkan Anugerah Penganjur Kempen Derma Darah Responsif  semasa tempoh Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) di Sarawak pada Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan. 

Menurut Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) Andy Jong Wan Joon dalam kenyataan media pada Ahad berkata, anugerah itu sebagai menghargai sumbangan NSJA untuk pendermaan darah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap masyarakat.

NSJA merupakan antara 14 pemenang Anugerah Penganjur Kempen Derma Darah Responsif di Sarawak dan merupakan antara dua pemenang di kawasan zon Utara Sarawak.

“Semasa tercetusnya wabak COVID-19 pada bulan Mac tahun lepas dan pelaksanaan PKP, NSJA telah menganjurkan tiga kali aktiviti pendermaan darah, yang diadakan di pusat membeli belah dan Pusat Institut Latihan Bulan Sabit Merah Miri.

“Dalam tiga kali kempen pendermaan darah anjuran NSJA semasa tempoh PKP, jumlah keseluruhan penderma darah yang tampil mendaftar seramai 360 orang, di antara yang berjaya ada seramai 293 orang,” katanya. 

Ini merupakan kali pertama persatuan NSJA diberikan penghargaan ini. 

Jelas Andy lagi, dalam masa tempoh PKP, Tabung Darah Hospital Miri telah menghadapi kekurangan bekalan darah, NSJA berharap melalui mengadakan aktiviti pendermaan darah dapat bantu Hospital Miri memperolehi bekalan darah yang mencukupi.

“Objektif utama bagi kempen ini untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menderma darah di samping mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di hospital,” ujarnya. 

Menderma setitik darah untuk kebaikan adalah satu amalan murni apatah lagi sekiranya sebotol darah dikehendaki, melalui sumbangan ini, ramai nyawa insan dapat diselamatkan. -EDISI UKAS

Share
0