Pejabat Daerah Beluru, PPV Dewan Masyarakat Beluru Terima Sumbangan CSR

RABU, 23 JUN 2021

BELURU: Sebauh syarikat perladangan kelapa sawit di kawasan Bakong, Grand Olie Sdn Bhd telah memberikan sumbangan berupa air minuman dan kelengkapan perubatan kepada Pejabat Daerah Beluru dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Beluru. 

Wakil syarikat Grand Olie Jacque Chian Chen Cheng ketika ditemui berkata, sumbangan air minuman, pelitup muka, pelindung muka, pembersih tangan, anti-bacterial spray dan sabun ini merupakan salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat untuk sama-sama membantu memerangi penularan pandemik COVID-19. 

Sumbangan tersebut disampaikan Chian kepada Pegawai Daerah Beluru Alfred Geling di perkarangan Pejabat Daerah Beluru dan PPV Dewan Masyarakat Beluru pada Isnin. -EDISI UKAS