Penerima Vaksin COVID-19 Berjaya Dihubungi, Proses Vaksinasi Berjalan Lancar

RABU, 23 JUN 2021

TATAU: Kesemua penerima vaksin COVID-19 yang mempunyai temu janji berjaya dihubungi dan membolehkan proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sukan Tatau berjalan lancar. 

Pada Selasa, seramai 400 penerima telah hadir dan menerima suntikan vaksin dos pertama jenis Sinovac.

Salah seorang penerima yang ditemui Penai Bakit, 85 tahun dari Rumah Minggat Jalan Sangan, Tatau memberitahu tiada apa-apa kesan yang berlaku ke atas dirinya dan berasa gembira mendapat vaksin COVID-19 dos pertama.

“Semasa suntikan, tiada rasa sakit dan selepas suntikan tiada sebarang kesan sampingan berlaku berlaku.

“Syukur kerana berjaya menerima suntikan vaksin dos pertama dan sekarang berasa sedikit selamat. Selepas ini saya juga akan mengambil suntikan vaksin dos kedua bagi melengkapkan suntikan vaksin.

“Terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif membawa vaksin ini di kawasan luar bandar di Daerah Tatau,” katanya semasa ditemui selepas mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di PPV Dewan Sukan Tatau pada Selasa. 

Proses vaksinasi COVID-19 berjalan lancar dengan dibantu petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan MyVac dan Pejabat Daerah Tatau. -EDISI UKAS

Share
0