PICK Di Pedalaman Ba’kelalan Bermula, Sambutan Menggalakkan

RABU, 23 JUN 2021

BA’KELALAN: Progarm Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Daerah Ba’kelalan bermula dengan sejumlah 600 dos pertama vaksin telah diperuntukan merangkumi 10 buah kampung. 

Ketua Pasukan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Batalion Pertama, Bahagian Perubatan yang berpengkalan di Kem Muara Tuang Dr. Amir Syahmi Mohd Zainal Abidin dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Daerah Lawas di bawah seliaan Dr Faridah yang bekerjasama dalam memastikan PICK Dearah Ba’kelalan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Buduk Nur berjalan lancar. 

Tinjauan wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Ba’kelalan pada hari pertama PICK Daerah Ba’kelalan, seramai 281 penerima yang terdiri daripada 8 buah kampung telah mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. 

Mereka menggunakan kaedah ‘Walk In’ dengan datang dahulu untuk menerima suntikan dan daftar kemudian tanpa sebarang temu janji.

Bagaimanapun, garis panduan pemberian vaksin masih sama dan memtauhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. 

Sementara itu, pada hari kedua PICK, dikhaskan kepada penerima vaksin di Kampung Buduk Nur serta kampung-kampung yang berdekatan.

Kebanyakan penduduk yang ditemui memberitahu mereka tidak mendapat apa-apa kesan sampingan sebaik sahaja selesai menerima suntikan vaksin COVID-19. 

Bagi Pastor Litad Musa yang berasal dari Long Nawi, dirinya tidak mengalami sebarang masalah sebaik sahaja selesai mendapat suntikan vaksin COVID-19.

“Saya telah mengambil vaksin COVID-19 dos pertama. Saya berasa seperti biasa dan tidak ada berasa sakit. 

“Justeru, saya mengajak mengajak penduduk di kawasan Bakelalan mendapatkan suntikan vaksin ini,” katanya. 

Sementara itu, Mackenzie Balang dari Kampung Lumut turut senada apabila ditanya mengenai perasaan selepas menerima suntikan vaksin COVID-19. 

“Setelah mendapat suntikan vaksin COVID-19 dos pertama ini, saya tidak tersasa apa-apa alahan.

“Justeru, saya mengajak penduduk di sini mendapatkan suntikan vaksin dos pertama ini untuk keselamatan diri, keluarga dan orang lain,” ujarnya. 

Proses vaksinasi di PPV Dewan Buduk Nur tutur menyaksikan seorang penerima vaksin Padan Labo @ Ubung Labo, 102 tahun merupakan antara penerima vaksin tertua di Ba’kelalan. -EDISI UKAS

Share
0