PPV Dewan Sukan Tatau Terima Sumbangan Makanan Dan Minuman

RABU, 23 JUN 2021

TATAU: Menyedari pengorbanan yang ditunjukkan petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sukan Tatau setiap hari, orang ramai dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) tidak putus-putus memberikan sumbangan bagi meringankan beban sepanjang melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). 

Terbaru, Kapitan Lim Tcia Hua telah memberikan sumbangan berupa 5 kotak roti dan 50 air mineral kepada petugas di PPV Dewan Sukan Tatau pada Isnin. 

Menurutnya, sumbangan tersebut adalah untuk menghargai sumbangan petugas di PPV Dewan Sukan Tatau seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan MyVac dan kakitangan Pejabat Daerah Tatau yang bertugas tanpa mengira penat lelah.

“Usaha petugas barisan hadapan ini amat dihargai dan saya mengucapkan terima kasih kepada mereka semua atas sumbangan yang diberikan dalam PICK ini,” katanya.

Sumbangan telah diterima wakil PPV Dewan Sukan Tatau Pembantu Perubatan Selumbing Juat di PPV Dewan Sukan Tatau. -EDISI UKAS

Share
0