PPV Di Dewan Masyarakat Gua Mula Beroperasi, Sambutan Menggalakkan

RABU, 23 JUN 2021

SRI AMAN : Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan telah bermula pada Rabu,  bertempat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Gua.

Seramai 260 penduduk Kampung Gua dianggarkan telah menerima suntikan vaksin jenis Sinovac bermula jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Menerusi tinjauan UKAS, program berjalan dengan lancar mengikut perancangan, penduduk datang tepat pada masa temujanji yang ditetapkan, pematuhan Prosedur IOperasi Standard (SOP) dilaksanakan dan rata-rata memberi kerjasama yang baik kepada petugas di PPV berkenaan.

Proses pemvaksinan PPV Dewan Masyarakat Gua akan dijalankan sehingga Jumaat. -EDISI UKAS