Proses Vaksinasi COVID-19 Di PPV Dewan Sukan Tatau Tepati Sasaran

RABU, 23 JUN 2021

TATAU: Proses Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Daerah Tatau tepati sasaran apabila kesemua 400 penerima yang mempunyai temu janji dapat dihubungi dan hadir di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sukan Tatau pada Isnin.

Daripada jumlah yang hadir menerima suntikan, terdapat seorang warganegara Indonesia yang bekerja di sebuah syarikat perladangan di Daerah Tatau yang mendaftar melalui sistem aplikasi MySejahtera.

Dalam pada itu, seorang penerima vaksin Augustine Gelungan, 34 tahun dari Rumah Vicky Angkalom, Jalan Tatau Bintulu, memberitahu beliau tidak menerima apa-apa kesan samping selepas menerima suntikan vaksin COVID-19. 

“Setelah sekian lama menunggu giliran untuk divaksin akhirnya saat itu datang. 

“Dengan adanya suntikan vaksin COVID-19 tersebut akan berasa lebih selamat.

“Terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif yang diberikan kepada penduduk di luar bandar untuk sama terima suntikan vaksin COVID-19,” katanya. 

Secara keseluruhannya, proses vaksinasi berjalan lancar di mana petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan MyVac dan Pejabat Daerah Tatau. -EDISI UKAS

Share
0