RABU, 23 JUN 2021
BELURU: Sebauh syarikat perladangan kelapa sawit di kawasan Tinjar, Ladang IOI telah memberikan sumbangan berupa air minuman dan kelengkapan perubatan kepada Pejabat Daerah Beluru dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Beluru.
Wakil syarikat Wilson Pasang Tuan ketika ditemui berkata, sumbangan air minuman, pelitup muka, pelindung muka, pembersih tangan, anti-bacterial spray dan sabun ini adalah inisiatif dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat untuk turut sama membantu memerangi penularan pandemik COVID-19.
Sumbangan tersebut disampaikan Wilson kepada Pegawai Daerah Beluru Alfred Geling di perkarangan Pejabat Daerah Beluru pada Isnin. -EDISI UKAS