6,600 Penduduk Telah Terima Vaksin Di PPV Dewan Masyarakat Beluru

KHAMIS, 24 JUN 2021

BELURU: Seramai 6,600 penduduk di Daerah Beluru telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Beluru sejak mula beroperasi pada 11 Jun lepas. 

Mereka terdiri daripada penduduk kampung, rumah panjang, peniaga dan penjawat awam di kawasan Bakong dan Tinjar, dan menerima suntikan vaksin dos pertama jenis Sinovac. 

Pada Rabu, seramai 520 orang lagi menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama di PPV Dewan Masyarakat Beluru.

Proses vaksinasi di PPV tersebut berjalan dengan lancar atas bantuan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), sukarelawan, kakitangan Pejabat Daerah Beluru dan agensi lain. -EDISI UKAS

Share
0