ADUN Bukit Semuja Tinjau Keadaan Kampung Kakai Setelah Dilanda Banjir Kilat

KHAMIS, 24 JUN 2021

SERIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus telah turun padang bagi meninjau keadaan di dalam dan di luar Dewan Kampung Kakai yang rosak akibat banjir kilat pada petang Rabu.

Hujan lebat kira-kira sejam itu menyebabkan banjir kilat si kawasan dewan kampung dan jalan utama kampung tersebut.

Hasil tinjauan mendapati terdapat beberapa kerosakan peralatan di dalam dewan seperti kerusi, meja, ruang dapur dan pintu dewan.

Ketua Kampung Kakai Rujim James berkata, kejadian banjir kilat kali ini dikatakan paling teruk dari sebelum ini sehingga mengakibatkan kerosakan peralatan.

Wakil daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Serian turut berada di lokasi dan melakukan pemeriksaan lanjut berkaitan kejadian itu

Antara kampung lain yang mengalami banjir kilat ialah Kampung Riih Mawang, Kampung Riih Daso dan Kampung Tangga Mawang. -EDISI UKAS

Share
0