Lagi 520 Penduduk DUN Jemoreng Mendapat Suntikan Vaksin COVID-19

KHAMIS, 24 JUN 2021

IGAN: Giliran 520 orang penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng telah mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 yang diadakan di dua lokasi berbeza pada Rabu.

Di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Matu, Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 tersebut dihadiri seramai 400 orang penerima dari Daerah Matu.

Sementara itu, program yang sama turut diadakan di PPV Klinik Kesihatan Daerah Kecil Igan yang menyaksikan kehadiran 120 orang penduduk sekitar Igan dan Batang Igan.

Selain para petugas dan sukarelawan, program tersebut berjalan lancar dengan kerjasama pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang membantu membawa penduduk untuk hadir ke PPV.

Penerima yang ditemui bersyukur dan bersedia untuk menerima suntikan untuk dos kedua nanti. -EDISI UKAS