Lebih 7,000 Penduduk Daerah Song Telah Mendapatkan Suntikan Vaksin COVID-19

24 JUN 2021

SONG: Seramai 7,067 penduduk di daerah Song telah mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 hingga Rabu.

Daripada jumlah tersebut, 5,048 telah menerima dos pertama manakala 2,019 berjaya melengkapkan dos kedua.

Bermula dari minggu lepas program vasinasi di daerah Song berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan baik daripada penduduk.

Sementara itu, sebanyak 360 dos vaksin jenis Sinovac diberikan kepada penduduk di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Rumah Rehat Kerajaan Daerah Song pada Rabu.

Di PPV Klinik Kesihatan Song, sebanyak 270 dos suntikan vaksin yang sama turut diberikan. -EDISI UKAS

Share
0