KHAMIS, 24 JUN 2021
MARUDI: Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), suasana di Pekan Marudi lengang dan sunyi sepi.
Hasil tinjauan wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Rabu, kebanyakan kedai ditutup bagi mematuhi arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP yang sedang diadakan ketika ini.
Bagaimanapun, hanya kedai makan sahaja beroperasi, tetapi menyediakan makanan untuk bungkus dan bawa pulang dan beberapa kedai yang menjual barangan keperluan sahaja dibenarkan dibuka.
Ketika ditemui, beberapa pemilik kedai berkata, jualan perniagaan mereka pada pelaksanaan PKP jauh merosot berbanding waktu sebelumnya dengan urusan perniagaan tidak banyak berlaku.
Malah, ada yang memberitahu tidak mustahil premis jualan mereka akan gulung tikar sekiranya suasana sebegini diteruskan dan menyebabkan penduduk akan kehilangan pekerjaan dan menganggur.
Turut sama dalam tinjauan itu anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan pihak berkuasa tempatan. -EDISI UKAS