Penduduk Terus Amalkan ‘Community Policing’, Cegah Penularan COVID-19

KHAMIS, 24 JUN 2021

MARUDI: Penduduk kampung dan rumah panjang di kawasan Puyut Lubok Nibung diminta terus mengamalkan ‘Community Policing’ atau kepolisan komuniti bagi memastikan bebas daripada penularan COVID-19. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Marudi telah mengarahkan supaya kampung-kampung dan rumah-rumah panjang di bawah pentadbirannya untuk lebih peka dengan keadaan semasa khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19. 

Justeru, program Kopolisian Komuniti yang sedia ada hendaklah dipertingkatkan tahap penguatkuasaan supaya ianya memberikan impak yang positif. 

Bagi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rh Michael Selangkor Sungai Brit, mereka telah mengambil langkah dan inisiatif untuk terus melaksana dan mempraktikan program ini. 

Pengerusinya, Tuai Rumah Micahel berkata, program ini telah lama dipraktikan dengan memastikan setiap masa rumah panjang mereka ini disanitasi dan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Program ini telah lama dijalankan di rumah panjang ini dengan mengadakan sanitasi di kawasan ‘ruai’ masing-masing, memastikan bahagian luar rumah bersih dan jpenghuni rumah panjang mengamalkan SOP yang telah ditetapkan,” katanya pada Rabu.

Jelas beliau lagi, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka belum lagi menerima kedatangan orang luar masuk ke rumah panjang ini bagi memastlikan keselamatan penduduk terjamin. -EDISI UKAS

Share
0