Pustaka Adakan Ceramah Sarawakiana Mediaum Perantara Pelbagai Suku Kaum Di Sarawak: Kajian Lingua Franca Sabtu Ini

KHAMIS, 24 JUN 2021

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan siri ceramah Sarawakiana bertajuk Medium Perantara Pelbagai Suku Kaum di Sarawak: Kajian Lingua Franca menerusi media sosial rasminya.

Dalam satu kenyataan media pada Khamis, siri ceramah Sarawakiana itu akan diadakan pada 26 Jun 2021, Sabtu, jam 10.00 pagi di laman rasmi media sosial  Facebook dan YouTube Pustaka Negeri Sarawak. 

Ceramah ini akan disampaikan pensyarah Program Linguistik, Pusat Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan  Malaysia (UKM) Dr. Mohammed Azlan Mis. 

Jelas kenyataan media itu lagi, ceramah ini adalah hasil kajian yang telah dijalankan berdasarkan kepelbagaian bahasa dalam satu masyarakat yang majmuk. 

“Yang dimaksudkan dengan lingua franca dalam kajian ini adalah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza satu sama lain (Samarin 1968). 

“Bahasa untuk berkomunikasi ini biasanya adalah bahasa yang paling banyak dan kerap digunakan dalam kehidupan seharian. 

“Misalnya di Sarawak terdapat pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasanya sendiri. Pada masa yang sama, mereka juga menggunakan bahasa perhubungan yang menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah komunikasi,” katanya. 

Untuk mendaftar, boleh layari di https://www.pustaka-sarawak.com/apps/events/index-event.php?eid=EVE1623742652 dengan terbuka kepada orang ramai dan penyertaan adalah percuma.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my)/ Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) di talian 082-440488. -EDISI UKAS