KHAMIS, 24 JUN 2021
SEBANGAN: Seramai 400 orang lagi menerima vaksin COVID-19 pada hari keempat Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Kampung Lutong, di sini pada Khamis.
Tinjauan mendapati semua penerima mendapat temu janji melalui aplikasi MySejahtera dan yang medaftar secara menual di Klinik Kesihatan Sebangan sebelum ini.
Malah ketika ditemui, rata-rata penerima bersyukur kerana telah menerima vaksin COVID-19 untuk dos yang pertama dan teruja menunggu temu janji bagi dos kedua.
Mereka juga berharap para penduduk yang belum mendaftar untuk segera berbuat demikian bagi menerima temu janji menerusi aplikasi MySejahtera.
Sementara itu, bagi memastikan kelancaran di pusat pemberian vaksin, Pusat Khidmat Parlimen Batang Lupar telah menghantar sumbangan peralatan kepada PPV Dewan Masyarakat Kampung Lutong, Sebangan.
Sumbangan berupa lapan buah kipas, sebuah peti ‘freezer’ dan dua unit kerusi roda itu telah diserahkan oleh Chacill Kimlen, mewakili Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karuim kepada Ketua Penyelaras PPV Zon Sebangan, Dr. Nurul Huda Aziz. -EDISI UKAS