2,800 Penduduk Daerah Trusan Telah Terima Suntikan Vaksin COVID-19

JUMAAT, 25 JUN 2021

LAWAS: Selepas mengadakan lawatan ke Pos Kawalan CIQ Mengkalap, Trusan dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), JAKIM Lawas, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah meninjau ke PPV Dewan Masyarakat Trusan. 

Ketibaan beliau telah disambut Dr Farida Nazahiya Mohd Salleh dan diberikan taklimat mengenai operasi semasa PPV Dewan Masyarakat Trusan. 

Pada Khamis, seramai 400 orang penduduk yang telah menerima temu janji hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. 

Turut dimaklumkan, PPV ini mula beroperasi pada 18 Jun lepas dan sehingga kini seramai 2,800 orang penduduk di Daerah Trusan telah mendapat suntikan vaksin COVID-19 dos pertama. 

Manakala, untuk dos kedua pula akan diberikan kepada penduduk bermula 2 hingga 6 Julai mengikut jadual. 

Hadir sama Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar Malaysia yang juga Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Encana Bahagian (JPBB) Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Dato Ubaidilah Abdul Latif dan Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok. -EDISI UKAS