JUMAAT, 25 JUN 2021
SEBAUH: Sejumlah 6,549 penduduk di Daerah Sebauh telah selesai mendapatkan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balai Raya Sebauh setakat Khamis.
PPV Balai Raya Sebauh mula beroperasi pada 22 Mei hingga hari ini.
Hasil tinjauan wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di PPV Balai Raya Sebauh, sebanyak 500 dos vaksin telah diperuntukan untuk penerima vaksin pada Khamis.
Daripada jumlah itu, 270 orang penerima vaksin hadir bagi mendapatkan vaksin dos kedua dan selebihnya bagi mereka yang menerima dos pertama. -EDISI UKAS