ADUN Bekenu Serah Bantuan Makanan Ke Rumah Agan

JUMAAT, 25 JUN 2021

NIAH: Pelaksanaan Perintah Sekatan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Rumah Agan Nuuh Munggu Tapang selama 14 hari telah bermula 21 Jun hingga 4 Julai 2021.

Berikutan itu, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus telah menyerahkan bantuan makanan ke Rumah Agan pada Rabu. 

Mengambil kira garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPD sumbangan makanan itu telah diserahkan kepada Penghulu Pui Kuan Phen yang mewakili penduduk di Rumah Agan. 

Bantuan makanan tersebut kemudiannya diagihkan kepada penduduk secara berperingkat dan dikawal anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). -EDISI UKAS

Share
0

add comment