Awang Tengah Serah Sumbangan Makanan Dan Minuman Kepada Petugas Barisan Hadapan Di Pos Kawalan CIQ Mengkalap, Trusan

JUMAAT, 25 JUN 2021

LAWAS: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hadir di Pos Kawalan CIQ Mengkalap, Trusan bagi meninjau dan mendengar situasi semasa penjagaan sempadan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pada Khamis.

Dalam lawatan itu, beliau telah diberikan taklimat berkenaan dengan operasi dan keadaan semasa serta menyampaikan makanan dan minuman kepada petugas sumbangan Pusat Khidmat PBB Lawas. 

Pada majlis itu, Datuk Amar Awang Tengah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari telah melekatkan pelekat ‘Putuskan Rangkaian COVID-19’ di kenderaan yang melalui pos kawalan tersebut.

Hadir sama Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar Malaysia yang juga Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Dato Ubaidilah Abdul Latif dan Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok. -EDISI UKAS

Share
0