Bantuan Makanan Tiba Untuk KIR Di DUN Katibas

JUMAAT, 25 JUN 2021

KAPIT: Agihan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang (BKSS) 3.0 di kawasan DUN Katibas diteruskan dengan sebanyak 310 lagi bakul makanan dihantar menggunakan jalan darat dan bot panjang.

Penghantaran dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Song, Pejabat Daerah dan Pusat Khidmat Katibas pada Jumaat itu untuk Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan Katibas Hilir dan Katibas Hulu.

Setakat hari ini, seramai 2680 KIR atau 57.9 peratus di Katibas telah menerima bantuan tersebut.

Ia diharap dapat membantu meringankan beban penduduk yang terjejas sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Untuk DUN Katibas, pengagihan Bantuan Bakul Makanan BKSS akan dilakukan secara berperingkat. – EDISI UKAS