Lagi 1,166 Individu Terima Suntikan Vaksin Di Bau

JUMAAT, 25 JUN 2021

BAU: Seramai 1,166 individu lagi penduduk Bau telah menerima dos suntikan vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada Khamis.

Daripada jumlah tersebut, seramai 1,148 orang menerima dos pertama mereka, sementara 18 lagi melengkapkan dos kedua.

Tinjauan vaksinasi harian di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Akademi Bomba, Bau mencatatkan seramai 1,061 menerima dos suntikan yang pertama.

Program sama bagi dos suntikan pertama yang dikendalikan unit bergerak PPV Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak (KKIA) Bau pula mencatatkan seramai 40 orang.

Sementara itu, PPV Klinik Union mencatatkan seramai 14 orang menerima dos suntikan pertama, manakala 18 individu lagi yang melengkapkan dos suntikan kedua.

Dalam perkembangan lain, di PPV Klinik Teddy pula mencatatkan seramai 33 individu menerima dos suntikan pertama. -EDISI UKAS

Share
0

add comment