LHDN Sediakan Kemudahan Kotak Serahan Borang Rayuan BPR Di Pejabat Daerah

JUMAAT, 25 JUN 2021

SEBAUH: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Bintulu telah menyediakan Kotak Serahan dan Borang Permohonan Rayuan BPR di Pejabat Daerah Sebauh.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya masyarakat di Daerah Sebauh yang ingin mengemukakan Borang Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh berbuat demikian di di Pejabat Daerah Sebauh dengan seberapa segera. 

Borang Permohonan Rayuan BPR yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Daerah Sebauh selewat-lewatnya 1 Julai 2021.

Untuk memastikan orang ramai mendapat maklumat lanjut hebahan telah dibuat menerusi mesej Whatapp dan di media sosial, dan borang permohonan rayuan BPR boleh didapati di Pejabat Daerah Sebauh. -EDISI UKAS

Share
0

add comment