Seramai 3,533 Individu Sudah Divaksinasi Di Engkilili

JUMAAT, 25 JUN 2021

ENGKILILI: Seramai 3,533 orang telah divaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Engkilili di sini setakat ini.

Terbaharu pada Khamis, seramai 180 orang lagi menerima suntikan dos pertama di PPV yang telah dibuka sejak 12 Jun lepas.

Tinjauan yang dilakukan mendapati proses pemvaksinan berjalan lancar dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Para penerima vaksin juga melahirkan rasa gembira selepas menerima suntikan vaksin dalam usaha mencapai imuniti kelompok. -EDISI UKAS