SABTU, 26 JUN 2021
BAU: Seramai 1,165 individu lagi telah divaksinasi di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah Bau menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan pada Jumaat.
Daripada jumlah tersebut, seramai 1,155 individu telah menerima dos pertama mereka, sementara 10 orang lagi melengkapkan dos kedua vaksin.
Tinjauan vaksinasi harian di PPV Dewan Akademi Bomba, Bau mendapati seramai 1,052 individu menerima dos pertama.
PICK yang turut dikendalikan oleh unit bergerak PPV Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak (KKIA) Bau pula mencatatkan seramai 40 individu diberikan suntikan dos vaksin.
Sementara itu, di PPV Klinik Union mencatatkan seramai 26 individu menerima dos pertama, manakala 10 individu melengkapkan dos kedua.
Dalam perkembangan lain, di PPV Klinik Teddy pula terus mencatatkan seramai 37 lagi individu menerima dos pertama vaksin yang sama. -EDISI UKAS