SABTU, 26 JUN 2021
SEMATAN : Seramai 380 orang lagi penduduk telah menerima vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sematan, pada Sabtu.
Menerusi tinjauan UKAS, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di PPV berkenaan yang telah memasuki minggu ketiga itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk di daerah kecil Sematan.
Kelancaran proses pemberian vaksin juga dilihat teratur dengan kerjasama yang baik daripada para petugas serta jumlah penerima yang hadir dalam satu-satu masa berada dalam keadaan terkawal dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Lundu itu berlangsung dari jam 8 pagi hingga 1 petang. -EDISI UKAS