JBPM Miri Bantu Hantar Bekalan Vaksin COVID-19 Di Klinik Pedalaman Miri

SABTU, 26 JUN 2021

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri telah membantu menghantar bekalan vaksin COVID-19 di pedalaman Miri.

Menurut Penguasa Kanan Bomba I, Ketua Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Law Poh Kiong, pihaknya telah membantu menghantar vaksin COVID-19 ke beberapa buah klinik di kawasan pedalaman Bahagian Miri dengan membuat dua kali penerbangan menggunakan helikopter Bomba.

Pada penerbangan pertama jam 9.00 pagi, JBPM telah menghantar vaksin COVID-19 di 4 buah klinik antaranya Klinik Long Seridan, Klinik Long Lelang, Klinik Long Banga dan Klinik Long Panai. 

Sementara itu, bagi penerbangan kedua pula, JBPM telah menghantar vaksin COVID-19 di 5 buah lagi klinik antaranya Klinik Long Loyang, Klinik Long Jegan , Klinik Long Teran, Klinik Pengarah Enteri (Ulu Teru) dan Klinik Long Teru. 

Tambah Law lagi, objektif penghantaran vaksin COVID-19 ini supaya semua lokasi yang sukar dilalui jalan darat mendapat bekalan vaksin dengan segera dan serentak dalam memperluaskan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). 

Katanya, semasa ditemui di Lapangan Terbang Miri pada Jumaat. 

Sementara itu, menurut Ketua Sektor Program Pembangunan Kesihatan Keluarga, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri Dr. Izni Mohamad Shapie, PICK bagi beberapa buah klinik akan bermula Sabtu khususnya bagi klinik-klinik tanpa pegawai perubatan.

Antara klinik berikut ialah Klinik Long Seridan, Klinik Long Banga, Klinik Long Lellang, Klinik Long Panai, Klinik Long Loyang, Klinik Long Jegan, Klinik Long Teran, Klinik Ulu Teru dan Klinik Long Teru. -EDISI UKAS

Share
0

add comment