Lagi 42 Penduduk Rumah Panjang Terima Vaksin Di PPV Rumah Valley Rabong, Sungai Pinang Ulu Skrang

SABTU, 26 JUN 2021

ENGKILILI: Seramai 42 orang penduduk di dua buah rumah panjang di sini menerima dos pertama vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Rumah Valley Rabong, Sungai Pinang Ulu Skrang pada Jumaat.

Program tersebut melibatkan penduduk rumah terbabit termasuk penduduk di Rumah Bandang, Pinchoh Akop Ulu Skrang berjalan dengan lancar serta mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Bagi mereka yang belum tersenarai dalam slot temu janji, mereka dikehendaki untuk terus datang ke PPV berkenaan bagi membuat temujanji menerima suntikan vaksin COVID-19.

Sementara itu, penduduk Ulu Skrang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana telah melaksanakan program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara percuma serta usaha Kementerian Kesihatan (KKM) untuk datang ke Ulu Skrang bagi memberikan vaksinasi kepada penduduk yang jauh di pedalaman.-EDISI UKAS