Pusat Khidmat Masyarakat PBB DUN Bukit Kota Serah Sumbangan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan

SABTU, 26 JUN 2021

LIMBANG: Pusat Khidmat Masyarakat PBB Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota telah menyerahkan sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan di CIQS Pandaruan Limbang.

Sumbangan bantuan makanan telah disampaikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Jumaat.

Bantuan makanan ini sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertugas siang dan malam mengawal pintu sempadan negara.

Beliau turut berkesempatan meninjau keadaan CIQS Pandaruan dan Surau Darul Ukhwah yang terletak dalam CIQS tersebut. 

CIQS Pandaruan Limbang merupakan pintu masuk utama bagi pengguna jalan darat dari Lawas yang singgah melalui Temburong, Brunei untuk ke Daerah Limbang.

Hadir sama Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Limbang Ir. Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Dato Ubaidilah Abdul Latif dan Ketua Imigresen Bahagian Limbang Kalthom Ahmad. -EDISI UKAS

Share
0

add comment