466 Penduduk Kampung Serikin Jalani PKPD, Ambil Ujian Calitan COVID-19

AHAD, 27 JUN 2021

BAU: Seramai 466 individu penduduk dari Kampung Serikin yang sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tampil melakukan ujian calitan COVID-19 pada Sabtu.

Daripada jumlah individu yang disaring tersebut, seramai 248 individu adalah lelaki, manakala seramai 218 individu lagi wanita.

Operasi Pengesanan Kes Aktif (ACD) COVID-19 yang dikendalikan oleh petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau itu bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 11.30 pagi dan diadakan di balai raya kampung Serikin.

Turut membantu dalam melancarkan pelaksanaan ACD tersebut adalah petugas dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM).

Penduduk kampung Serikin sebelum ini pernah menjalani ujian calitan COVID-19 yang sama pada 15 dan 18 Jun lepas manakala PKPD dikuatkuasakan mulai 17 hingga 30 Jun ini. -EDISI UKAS