Lagi 786 Penduduk Bau Terima Vaksin

AHAD, 27 JUN 2021

BAU: Seramai 786 individu lagi telah divaksin di dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah Bau menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan pada Sabtu.

Daripada jumlah tersebut, seramai 266 orang telah menerima dos pertama mereka, manakala 550 orang lagi melengkapkan dos kedua vaksin.

Tinjauan vaksinasi harian di PPV Dewan Akademi Bomba, Bau mendapati seramai 266 orang menerima dos suntikan pertama mereka,  manakala 520 orang lagi menerima dos kedua suntikan vaksin jenis Pfizer.

Sementara itu, PICK yang dijalankan di PPV Hospital Bau pula seramai 30 orang telah berjaya melengkapkan suntikan dos kedua.-EDISI UKAS