PAKAP dan GSNS Agih Bantuan Makanan Di Kampung Salak

AHAD, 27 JUN 2021

KUCHING: Petubuhan Kebajikan Amanah Prihatin (PAKAP) dengan kerjasama Geng Sidak Nembiak Sarawak (GSNS) mengadakan satu program sumbangan makanan kepada penduduk Kampung Salak pada Sabtu

Sebanyak 45 kotak makanan telah diagihkan kepada keluarga daif, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas di kampung tersebut.

Sumbangan tersebut adalah bagi meringankan bebanan penduduk di kampung tersebut semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Rata-rata penduduk kampung yang menerima sumbangan itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAKAP dan GSNS atas sumbangan itu.-EDISI UKAS