Penduduk Samarahan Patuhi SOP Rentas Daerah

AHAD, 27 JUN 2021

KOTA SAMARAHAN: Penduduk di daerah Samarahan dilihat terus memberikan kerjasama penuh dalam membantu petugas barisan hadapan mengekang penularan wabak COVID-19 di kawasan tersebut.

Tinjauan pada Sabtu mendapati keadaan trafik bergerak perlahan di sekatan jalan raya (SJR) Jalan Kuching-Samarahan ekoran pemeriksaan ketat yang dilakukan anggota polis bagi mengesan sebarang percubaan merentas daerah.

Selain itu, dimaklumkan juga kesemua pengguna jalan raya mempunyai permit rentas daerah dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, pasukan polis menyeru pengguna jalan raya khususnya daerah Samarahan terus memberikan kerjasama dengan petugas hadapan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. -EDISI UKAS

Share
0

add comment