3,233 KIR DUN Katibas Telah Menerima Bantuan Makanan BKSS

ISNIN, 28 JUN 2021

KATIBAS: Seramai 3,233 ketua isi rumah (KIR) di DUN Katibas telah mendapat Bantuan Makanan Sarawakku Sayang BKSS.

Bantuan diteruskan pada Sabtu dengan 553 KIR dari Ketibas Tengah dan Temalat menerima bantuan tersebut.

Kerja-kerja pengagihan dilakukan dengan menggunakan bot dan juga kenderaan darat.

Pengagihan bantuan dilakukan secara berperingkat dan setakat ini berjalan dengan lancar selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment