330 Berjaya Lengkapkan Pemberian Vaksin Dos Kedua

ISNIN, 28 JUN 2021

TATAU: Program Pemberian Vaksin COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi pemberian dos kedua vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sukan Tatau diteruskan pada Sabtu. 

Seramai 330 orang penerima vaksin dos kedua telah berjaya melengkapkan proses vaksinasi mereka.

Proses pemberian vaksin berjalan lancar dengan bantuan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan MyVac dan kakitangan Pejabat Daerah Tatau. -EDISI UKAS

Share
0

add comment