CMVT ATM Selesai Vaksinasi Dos Pertama Penduduk Ba’kelalan Dan Lawas

ISNIN, 28 JUN 2021

MIRI: ‘Combat Medic Vaccination Team’ (CMVT ATM) berjaya menyelesaikan misi memberikan suntikan vaksin dos pertama kepada 1,639 penduduk di Lawas dan Ba’kelalan.

Program vaksinasi ini melibatkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Buduk Nur, Ba’kelalan, PPV Kampung Long Semadoh dan PPV Long Sukang, Lawas.

Ianya dilaksanakan bertujuan untuk membantu penduduk di pedalaman Sarawak untuk mendapatkan vaksinasi secara ‘Suntik Dahulu, Daftar Kemudian’ sekaligus membantu kerajaan mencapai sasaran imuniti kelompok menjelang bulan Ogos ini.

Manakala untuk suntikan vaksin dos kedua pula akan dilakukan pada 13 Julai di Ba’kelalan, 14 hingga 15 Julai di Long Semadoh dan 16 hingga 17 Julai di Long Sukang.

Seterusnya, CMVT ATM tersebut akan diteruskan lagi ke kawasan di sekitar Kapit, Sibu dan Miri dalam masa terdekat. –EDISI UKAS

Share
0

add comment