ISNIN, 28 JUN 2021
KUCHING: Kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan Jalan Stutong Baru (Jambatan Sg. Rengas) oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching akan dilaksanakan bermula dari 29 Jun 2021 dan dijangka siap pada 1 Julai 2021.
JKR Bahagian Kuching dalam kenyataan media pada Isnin berkata, sepanjang tempoh tersebut, lencongan penutupan telah dibuat dan separuh jalan akan ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan yang dijadualkan bermula dari 8.00 malam sehingga 5.00 pagi.
Pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di jalan terbabit dan mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan sekitar kawasan terlibat.
Sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat akan dimaklumkan oleh JKR Bahagian Kuching.
Peta lokasi disertakan bagi memudahkan rujukan pengguna jalan merancang laluan-laluan alternatif bersesuaian sehingga tamat kerja-kerja penyelenggaran ini.
Segala kerumitan adalah amat dikesali dan kerjasama serta kesabaran pengguna jalan raya amatlah dihargai.
Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan dengan aliran trafik ini, sila berhubung dengan Pejabat JKR Bahagian Kuching (016-8885761) pada waktu pejabat atau Rizqiy Engineering (019-8181293). -EDISI UKAS