PICK PPV Balai Raya Sebauh Berjalan Lancar

ISNIN, 28 JUN 2021

SEBAUH: Memasuki hari ke 18 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balai Raya Sebauh pada Sabtu, proses pemberian vaksin berjalan lancar. 

Sebanyak 564 dos vaksin telah dibekalkan untuk PPV Sebauh dan daripada jumlah itu 204 orang adalah penerima dos kedua jenis Pfizer dan 360 lagi adalah penerima dos pertama jenis Sinovac.

Keadaan di PPV Balai Raya Sebauh terkawal dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan kerajaan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment