PPV Klinik Kesihatan Kuala Tatau Mula Beroperasi

ISNIN, 28 JUN 2021

TATAU: Dalam usaha memastikan Porgram Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Sarawak mencapai Imuniti Kelompok menjelang Ogos ini, Kerajaan Sarawak telah menubuhkan pelbagai kemudahan bagi pemberian vaksin khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak. 

Di Daerah Tatau, Klinik Kesihatan Kuala Tatau telah dijadikan salah satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi mempercepatkan vaksinasi di daerah tersebut dan mula beroperasi pada Jumaat lepas. 

Seramai 40 penduduk yang terdiri daripada warga emas dan golongan rentan yang bersiko tinggi telah menerima suntikan vaksin COVID-19 pada hari pertama PPV itu beroperasi. 

Jumlah vaksin ini akan ditambah pada hari berikutnya bagi memastikan semua penduduk yang berkelayakan mendapat suntikan vaksin COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0

add comment