ISNIN, 28 JUN 2021
KUCHING: Program Dapur Berasap anjuran Surau Hidayahtul Kampung Gersik bertujuan membantu keluarga yang memerlukan akibat pandemik COVID-19.
Sumbangan daripada orang ramai dan tabung surau telah menjayakan program itu selain membantu banyak keluarga terutamanya di Kampung Gersik.
Antara bantuan yang diagihkan adalah seperti beras, minyak masak gula serta keperluan lain.
Pihak pengurusan Program Dapur Berasap yang turut berharap kampung-kampung lain turut serta mewujudkan program seumpamanya bagi memudahkan urusan kelurga yang terjejas susulan wabak COVID-19.
Program Dapur Berasap telah dimulakan Februari lepas. -EDISI UKAS