ISNIN, 28 JUN 2021
KUCHING: Program Rumah Sejahtera anjuran Pusat Khidmat DUN Pantai Damai adalah inisiatif kerajaan Sarawak dalam usaha membantu golongan yang memerlukan.
Pada Isnin, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi telah menyempurnakan simbolik penyerahan kunci rumah baru kepada penerima, Tan Ah Moy yang sebelum ini menetap di sebuah rumah daif di Kampung Temedak selama 15 tahun.
Menurut Datuk Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, rumah tersebut dibina dengan kos RM35,000 merupakan kediaman keempat yang dibina selepas Kampung Rampangi Fasa 1, Kampung Buntal dan Kampung Jaya Bakti.
“Ini merupakan rumah keempat yang kita bina dengan sempurna selepas di Kampung Buntal dan Kampung Rampangi Fasa 1 dan Kampung Jaya Bakti,” katanya. -EDISI UKAS