SUPP Cawangan Pujut Wujudkan Kaunter Bergerak Pendaftaran Vaksin COVID-19

ISNIN, 28 JUN 2021

MIRI: Dalam usaha memastikan Imuniti Kelompok di Miri dapat dicapai menjelang Ogos ini, SUPP Cawangan Pujut telah mewujudkan Kaunter Bergerak Pendaftaran Vaksin COVID-19. 

Untuk permulaan ini, kaunter bergerak itu telah diadakan di Balai Raya Kampung Baru Pujut 7 (Rumah Setinggan) pada Sabtu dan berjaya mendaftar seramai 139 orang. 

Ketua Cawangan SUPP Pujut merangkap Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang telah meninjau proses pendaftaran penerima COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0

add comment