1,580 Individu Terima Vaksin COVID-19 Dalam Dua Hari Di Bau

SELASA, 29 JUN 2021

BAU: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dijalankan di Bau telah mencatatkan sebanyak 1,580 dos suntikan vaksin diberikan kepada penduduk di situ.

Jumlah suntikan tersebut merupakan keseluruhan suntikan yang telah diberikan bagi tempoh dua hari iaitu pada Ahad dan Isnin.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,061 dos dicatatkan pada Ahad iaitu 27 Jun, sementara 519 dos suntikan lagi adalah pada Isnin iaitu 28 Jun 2021.

Sementara itu, menerusi tinjauan vaksinasi harian di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Akademi Bomba, Bau mendapati proses vaksinasi berjalan lancar.

Program sama yang dikendalikan oleh Unit Bergerak PPV Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak (KKIA) Bau pula merekodkan pemberian sebanyak 40 dos suntikan pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, di PPV Klinik Union dan PPV Klinik Teddy pula masing-masing merekodkan sebanyak 20 dos suntikan vaksin pada hari yang sama.-EDISI UKAS