4,892 Dos Vaksin Diperuntukan Kepada PPVIN Kidurong Kelab Bintulu, Dijangka Selesai Dalam Tempoh 7 Hari

SELASA, 29 JUN 2021

BINTULU: Pembukaan Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Kidurong Kelab Bintulu ini  merupakan yang kedua dan kerjasama di antara Syarikat Petroleum Nasional (PETRONAS) dan syarikat-syraikat di bawah PETRONAS. 

Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr. Melvin Chung Hsien Liang berkata,  secara keseluruhannya sebanyak 4,892 dos telah diperuntukan di PPVIN Kidurong Kelab Bintulu ini dengan dua pengagihan iaitu pertama ialah 1,800  dos dan kedua ialah 3,092 dos. 

“Untuk hari pertama ini mereka telah mengaturkan temu janji sebanyak 300 dan seterusnya akan mempertingkatkan jumlah temu janji tersebut. 

“Dalam masa terdekat kita menjagakan PPVIN Kidurong Kelab Bintulu akan dapat menghabiskan jumlah vaksin yang diperuntukan kepada mereka,” katanya semasa ditemui selepas menyaksikan pembukaan Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Kidurong Kelab Bintulu pada Isnin.

 PPVIN ini dibuka mulai jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang bergantung kepada kapasiti setiap hari dan merancang menghabiskan vaksinasi ini dalam tempoh tujuh hari. 

Dalam pada itu, ketika ditanya PPVIN ini akan dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk masyarakat awam sekiranya tempoh pemberian vaksin ini telah selesai, Dr Melvin memberitahu mereka akan berbincang dengan pihak PETRONAS terlebih dahulu dan mengkaji keperluan lain khususnya tenaga kerja apabila PPV ini dibuka kepada orang awam. 

“Kita akan mengadakan perbincangan bersama pihak PETRONAS, mengenai PPVIN ini boleh dijadikan PPV untuk masyarakat awam. 

“Sememangnya itu yang kita galakkan tetapi ini semua bergantung kepada kapasiti dan tenaga kerja kita yang ada sebelum boleh dibuka untuk PPV awam,” ujarnya. -EDISI UKAS

Share
0

add comment