ADUN Batu Danau Serah Sumbangan Kepada Mangsa Rumah Terbakar Di Kampung Tedungan

SELASA, 29 JUN 2021

LIMBANG: Kejadian rumah terbakar pada Ahad lepas di Kampung Tedungan telah mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang. 

Beliau telah mengadakan kunjungan ke rumah mangsa pada jam 10.00 pagi dan menyerahkan sumbangan wang tunai yang diterima Lucyana Linggi bersama suami pada Isnin. 

Menurut mangsa, kejadian kebakaran yang berlaku telah memusnahkan set sofa, mesin basuh dan pakaian mangsa, manakala semua dokumen penting sempat diselamatkan. 

Insiden kebakaran tersebut hanya memusnahkan sedikit ruangan bilik tidur mangsa dan laporan polis telah dibuat mangsa pada hari kejadian.

Dalam pada itu, penduduk di Kampung Tedungan telah memaklumkan bahawa kampung mereka ini memerlukan pemadam api dan menyatakan masalah banjir kilat yang sering berlaku di kediaman mereka. 

Menurut mereka, pada tahun ini sahaja sebanyak 3 kali banjir berlaku di kampung ini. 

Kesempatan itu, Paulus telah meninjau keadaan sistem perparitan dan culvert di kawasan tersebut yang didapati kurang sistematik dan semak. 

Keadaan ini antara faktor yang menyebabkan insiden banjir kilat sering berlaku.

Dalam pada itu, ADUN Batu Danau turut meninjau Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) iaitu pembinaan Surau Kampung Tedungan yang telah siap dan menunggu untuk proses pendawaian elektrik.  

Di akhir lawatan, Paulus telah menghadiri upacara kematian di Kampung Ranggu dan menyerahkan sumbangan kasih kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang. -EDISI UKAS

Share
0

add comment