Ahli Parlimen Hulu Rajang Sumbang Penghawa Dingin Kepada Pondok Polis Sungai Asap

SELASA, 29 JUN 2021

BELAGA: Ahli Parlimen Hulu Rajang merangkap Pengerusi NIOSH Malaysia, Datuk Wilson Ugak Kumbong telah menyumbang seunit penghawa dingin kepada Pondok Polis Sungai Asap di sini.

Sumbangan itu diserahkan sendiri oleh Datuk Wilson kepada wakil Ketua Pondok Polis Sungai Asap, Sarjan Mejar (SM) Wahid Abdullah di hadapan pondok polis itu baru-baru ini.

Beliau dalam pada itu berharap sumbangan tersebut dapat melancar dan memberi keselesaan kepada pihak polis di Pondok Polis Sungai Asap dalam melaksanakan tugas harian mereka. – EDISI UKAS