Kelab Pelari Taman Bulatan Sumbang Peralatan Perubatan Kepada Hospital Miri

SELASA, 29 JUN 2021

MIRI: Menyedari keperluan perubatan yang mendesak ketika ini dalam usaha mengekang penularan wabak pandemik COVID-19, Kelab Pelari Taman Bulatan telah memberikan sumbangan peralatan perubatan kepada Hospital Miri. 

Sebanyak 30 buah thermometer dan 20 buah BP Machine telah disumbangkan kepada Hospital Miri.

Sumbangan tersebut telah disampaikan pengerusinya, Tang Swee Ming kepada Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dalam satu majlis ringkas di Pusat Khidmat DUN Piasau pada Isnin. -EDISI UKAS

Share
0

add comment