Pelanjutan PKP: Kampung Gayau Padok Sunyi, Penduduk Terus Patuh SOP

SELASA, 29 JUN 2021 

SIMUNJAN: Sunyi dan tiada pergerakan penduduk menunjukkan bahawa penduduk Kampung Gayau Padok di kawasan Ulu Simunjan mematuhi arahan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Penduduk terus mematuhi garis panduan SOP yang ditetapkan selaras dengan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Selasa.

Berdasarkan tinjauan UKAS pada Selasa didapati, penduduk kampung tidak keluar dari rumah melainkan mereka yang keluar untuk ke kebun.

Manakala, bagi di simpang jalan untuk masuk ke kampung terdapat notis yang diletakkan serta tali untuk tidak membenarkan orang luar masuk ke kawasan kampung itu.-EDISI UKAS