PEMADAM Bintulu Dan AADK Bintulu Sumbang Bantuan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan

SELASA, 29 JUN 2021

BINTULU: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Bintulu dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bintulu telah menyampaikan bantuan makanan kepada petugas barisan hadapan di beberapa tempat di Bintulu. 

Menurut Timbalan Pengerusi PEMADAM Daerah Bintulu yang mewakili Pengerusi PEMADAM Daerah Bintulu Kederi Yusof, ini merupakan 

Sumbangan telah disampaikan Timbalan Pengerusi PEMADAM Daerah Bintulu yang mewakili Pengerusi PEMADAM Daerah Bintulu Kederi Yusof ini merupakan sebahagian daripada aktiviti sosial PEMADAM Daerah Bintulu dalam membantu mengurangkan beban petugas barisan hadapan yang bertugas mengekang penularan wabak pandemik COVID-19. 

“Sekiranya aktiviti sosial dibuka kelak, lebih banyak program lain akan turut diadakan khususnya berkaitan aktiviti kemasyarakatan. 

“Mengambil kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada AADK atas kerjasama dan menyokong aktiviti anjuran PEMADAM Daerah Bintulu dan diharap kerjasama ini akan berterusan,” katanya semasa ditemui selepas menyampaikan bantuan makanan kepada petugas barisan hadapan di Bintulu pada Isnin. 

Sumbangan telah diserahkan di tujuh lokasi iaitu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu, PPV Dewan Dinner World, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Hospital Bintulu, Sekatan Jalan Raya (SJR) Simpang Stadium Muhibah, SJR Jalan Bintulu Kuala Tatau, SJR Jalan Sebiew dan SJR Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.

Selain penyampaian bantuan makanan, PEMADAM Daerah Bintulu dan AADK Bintulu juga menyebarkan risalah tentang bahayanya penggunaan dadah.

Ini merupakan program pertama PEMADAM Daerah Bintulu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. 

Turut hadir Setiausaha PEMADAM Daerah Latipah Moksen dan Ahli Jawatankuasa PEMADAM Daerah Bintulu. -EDISI UKAS

Share
0

add comment